Wednesday, June 3, 2009

Cerita Lucu... Pasti Nak Baca Bhg.1

SEX

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........



Kisah Seorang Panglima

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN: Baiklah sahabat ku.Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN: Maaf...panglima bagi kunci yg salah!!




Nasihat Memilih Calon Isteri

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !"

3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Awas hati-hati, depan luruskan, baguus, ayuh ulangi lagi, pintaarrr...!"




AIR

Anna merupakan pelajar tadika di sebuah sekolah tadika di dalam negara Malaysia. Beliau merupakan belajar yang nakal dan sering dimarahi oleh guru-gurunya. Walaubagaimana pun Anna telah mendapat pendidikan yang terlebih dalam ilmu sains dan teknologi. Sehinggakan Anna kadang-kadang lupa daratan.

Cikgu Laily: Anna bangun... saya nak tanya awak. Bagaimana ingin mengeja perkataan air.

Anna: Alah cikgu mudah je ejaan air. Adik saya yang tak sekolah tu pun tahu.

Cikgu Laily: Bagaimana ejaan nya?

Anna: 'HIJKLMNO'

Cikgu Laily: Kenapa awak mengeja perkataan air begitu?

Anna: Bukan kah ejaan air bererti 'H to O' (H20). Betul tak cikgu?

Cikgu Laily:?????



Kedai Roti

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulkan paip? Kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.
"Mintak maap bebanyak saya bukan kerja di Petronas", jawab Akob dengan sinis.
Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.
Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?"

No comments:

Post a Comment