Wednesday, June 10, 2009

Cerita Lucu....Pasti Nak Baca Bhg. 2

DONAT DAN ROTI
Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah berhijrah ke Malaysia...

Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat memesan makanannya sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.



DATANG LAMBAT
Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat hari tu..
"Aiman kenapa datang lambat?"
"Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman. "
"Apa hal pulak dgn papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi.
AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN.




KAMAR 27
Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas di resepsi adakah kamar no. 27 ada pesakitnya.

Petugas tersebut lalu memeriksa kamar tersebut dan segera kembali ke telefon, memberitahu lelaki tersebut bahawa kamar no. 27 itu memang kosong. "Bagus sekali!" kata si lelaki. "Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri!



TANGAN,KAKI DAN KEPALA
Satu pertandingan berenang telah diadakan. Dalam pertandingan tersebut hanya 3 peserta yang mengikuti pertandiangan tersebut. Peserta pertama ( si Tangan )mempunyai kepala dan tangan namun tiada kaki. Peserta kedua (si Kaki) mempunyai kepala dan kaki namun tiada tangan dan peserta terakhir ( si Kepala )hanya kepala sahaja.

Pada pusingan yang pertama si Kepala mendahului si Tangan dan juga si Kaki. Si Tangan berada di belakang si Kepala dan si Kaki berada di belakang si Tangan. Si Kepala berkata kepada si Tangan. "Tangan si Kaki dimana ??". Then si Tangan menyahut "dibelakang akulah!!!!!". Tidak lama kemudian pada pusingan kedua juga penentu siapa pemenangnya si Kepala tiba-tiba berhenti. Si Tangan telah mendahului si Kepala begitu juga dengan si Kaki.

Akhirnya si Tangan berjaya merebut gelaran sebagai perenang nombor satu !!!!
Si Kepala pulak terpaksa di bantu oleh penyelamat sukarelawan. Si Kepala sempat berkata kepada penyelamat sukarelawan " chissss!!!!! Kalau tidak aku yang menang tadi tu......apa tidak... kalau telinga aku tak kremmmmmm ( lenguh ) tadi memang saya nombor satu!!!!!



RADIO SOny
Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang berjenamakan "SOny". Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio SOny kah ??
Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..
Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi
saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan
kepada tauke,...
Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah
pakcik... Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh
saya ambil

Seketika,....

Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu ...

Dengan cepat pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio SOny,... ekekekk... then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan " Inilah Radio Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24 jam". Selepas tu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.

Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo
Tauke : Kenapa ???
Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio SOny ,.. ini
bukan Radio SOny pun
Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik
Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh
mengatakan "Inilah Radio Saluran Emas anda"... apa ni??
Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.
Tauke : blur...



SIAPA DILUAR??
Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"



DIAM SEMASA MAKAN
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada 'giuk' (ulat)!"



JANDA YANG DAHAGA
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa....



TAHUKAH ANDA
1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama Papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. Ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

No comments:

Post a Comment